Berita Telus Perkembangan kes Anwar Setiap Malam

Wednesday, 03 February 2010 9:34 PM Oleh Roziyah Mahamad (.(JavaScript must be enabled to view this email address))

KUALA LUMPUR : Perkembangan kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disampaikan secara telus kepada masyarakat akan diumum setiap malam mulai malam ini. 
"Kita tahu media semasa seperti TV3 memberi berita dengan tujuan yang jelas untuk memalukan Anwar. Oleh itu kita akan memberi fakta sebenar Mahkamah agar rakyat tahu perkembangan kes yang berjalan," jelas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam sidang media di Ibu pejabat PKR kira-kira 8.30 malam tadi. 
Beliau juga dalam sidang media memaklumkan 2 fakta penting yang berlaku dalam mahkamah ketika perbicaraan Anwar petang tadi. 
"Yang pertamanya Mahkamah digunakan untuk memuaskan nafsu politik semata-mata," jelas beliau lagi. 
Shamsul yang juga seorang peguam menegaskan bukti yang seharusnya diberikan kepada tertuduh telah dinafikan terus dalam perbicaraan di mahkamah persekutuan. Anwar katanya berhak mendapatkan butiran bukti tetapi ia telah jelas-jelas dinafikan oleh pihak yang berkenaan. 
"Akta 51 (A) dalam perlembagaan dipinda untuk memberi pembelaan kepada yang tertuduh, tetapi dalam kes ini ia tidak diberikan atas tujuan politik. 
Kita jelas lihat mahkamah cuba untuk mengerakan kes ini," tegas Shamsul lagi. 
Menurut beliau, fakta kedua adalah Saiful memaklumkan dia gagal dalam peperiksaan di niversiti dan kerana malu beliau telah berenti dari universiti. 
"Tetapi Najib telah memaklumkan dia bertemu dengan Saiful kerana ingin memberikan Saiful biasiswa. Kenyataan ini ternyata bercanggah," tegas Shamsul lagi. 
Bagi Shamsul, jelas wujud unsur fitnah dalam kes membabitkan Anwar Ibrahim dan fitnah ini merupakan fitnah kedua yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang hebat seperti Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Najib Razak.

KUALA LUMPUR : Perkembangan kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan akan disampaikan secara telus kepada masyarakat awam dan ia akan diumumkan pada setiap malam mulai malam ini.

"Kita tahu media semasa seperti TV3 akan memberi berita dengan tujuan yang jelas untuk memalukan Anwar. Oleh itu kita akan memberi fakta sebenar, apa yang berlaku di mahkamah agar rakyat tahu perkembangan berhubung kes yang berjalan kini," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kira-kira 8.30 malam tadi. 

Dalam sidang media yang sama, beliau turut memaklumkan dua fakta penting yang berlaku dalam mahkamah ketika perbicaraan Anwar petang tadi. 

"Yang pertamanya, mahkamah digunakan untuk memuaskan nafsu politik semata-mata," kata beliau lagi. 

Shamsul yang juga seorang peguam menegaskan, bahawa bukti yang seharusnya diberikan kepada tertuduh (Anwar) telah dinafikan terus dalam perbicaraan di mahkamah persekutuan.

Anwar, katanya, berhak mendapatkan penjelasan dan butiran lanjut tentang bukti itu, sebaliknya hal itu secara jelasnya telah dinafikan oleh pihak berkenaan. 

"Akta 51 (A) dalam perlembagaan dipinda untuk memberi pembelaan kepada yang tertuduh, tetapi dalam kes ini ia tidak diberikan atas tujuan politik. 

"Kita jelas melihat betapa mahkamah cuba mengerakkan kes ini," kata Shamsul lagi. 

Tambah beliau, fakta kedua adalah Saiful Bukhari telah memaklumkan bahawa beliau gagal dalam peperiksaan di universiti dan kerana malu beliau telah berhenti daripada universiti tersebut. 

"Tetapi, Najib telah memaklumkan bahawa dia bertemu Saiful kerana ingin memberikan beliau bantuan biasiswa. Kenyataan ini ternyata bercanggah," kata Shamsul lagi. 

Menurut Shamsul, jelas wujud unsur fitnah dalam kes membabitkan Anwar Ibrahim dan fitnah ini merupakan fitnah kedua yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang hebat seperti bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir dan Mohd Najib Abdul Razak.

Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca

 

Polls